Wednesday 28 March 2012

Kesan 2 positif dan negetif melayari internet

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini internet merupakan saluran utama untuk mendapatkan sebarang maklumat secari cepat dan mudah. Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang bolel diperoleh melalui komputer. Kempen kerajaan "satu rumah, satu komputer" adalal sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Namun, di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada internet, terdapat kesan buruk yang timbul tanpa dapat disangkal lagi. 
Internet secara tidak langsung dapat meracuni pemikiran remaja hari ini. Remaja bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti lamal web lucah. Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes ragol, cabul kehormatan, dan sebagainya. 
Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata mata. Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik 
Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidal mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa d hadapan komputer. 
Di samping menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, timbu juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial sepert melepak atau gengsterisme. Selain itu, remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperaleh dari Barat. 
Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa, melayari laman web di internet. Kerjasama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan internet tidak ditutupi oleh keburukan internet tersebut. Remaja perlu dibimbing kerana remaja hari ini merupakan tonggak negara masa depan. Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui taliantelefon, sistemwifidan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah.
Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan SPM, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa  sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.
Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan ber’chatting’ bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Sebagai kesimpulannya, penggunaanperkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.